Wednesday, August 28, 2013

Kalam-Kalam...

Orang yang suka mengamankan orang lain adalah bersama Allah...Orang yang suka membuat masalah kepada orang lain adalah bersama syaitan!

- Mawlana Shaykh Nazim Haqqani -

"Tugas kita adalah untuk membuat kebaikan di muka Bumi. Tujuan kita adalah untuk mencintai. Kita menolak kebencian."
- Habib Ali Jifri -

Sekarang, sekiranya kita berbuat dosa, ya memang kita sentiasa buat dosa, tetapi lari sebentar dan beristighfar dan mengucap Syahadah! Ianya salah satu cara untuk kita menyelamatkan diri kita! Semoga Allah meletakkan kita di bawah bendera Sheikh kita dan daripada mereka kepada Rasulullah(s) dan daripada Rasulullah kepada Allah Subhanahu Wata'ala! Semoga Allah mengampunkan kita dan merahmati kita!"

- Shaykh Hisham Kabbani -

angan kerana politik, kita abaikan solat....

Solat itu tiang agama Islam...Allah Allah Allah...
Kalau sesuatu parti itu menang dalam keadaan solat mereka diabaikan, Wallahi demi Allah kemenangan itu langsung tidak diberkati Allah dan bakal membawa pelbagai fitnah....

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

 Jika kita kata kita menghormati dan mengikuti Ulama', maka ikutlah Adab dan Akhlaq mereka. Lihat bagaimana hormatnya Ulama' kepada Umara'. Ini bukan menyembah, tetapi Adab terhadap Sultan bagi Budaya Melayu yang tidak bercanggah dengan Islam.

Telah berkata Mawlana Shaykh Nazim Adil al-Haqqani, seorang Ulama' Sufi dari Turki, ketika pertama kali menziarahi Malaysia pada tahun 1986,
"Aku terperanjat melihat betapa hormat dan beradabnya rakyat Tanah Melayu ini kepada Sultan mereka. Satu perkara yang sangat mengagumkan aku, bahkan mereka yang Islam lebih awal dar Tanah Melayu juga masih belum mengenal Adab."

Apapun yang berlaku, janganlah diperleceh dan ditinggalkan Sultan. Kerana merekalah kita masih berpayung dan terlindung kerana Kesultanan adalah sisa-sisa Khilafah yang masih tinggal pada hari ini, dan dengan Sistem Kesultanan jugalah nanti akan bangkitnya kembali Khilafah Islamiyah Seluruh Alam. Yakin dan percayalah...

Photo: Satu keluarga yang penuh dengan kebahagiaan dalam keimanan dan kecintaan.

Dari kiri: Shaykh Mehmet Adil, Shaykh Hisham al-Kabbani, Shaykh Bahauddin Adil di Majlis Perkahwinan putera Shaykh Hisham iaitu Shaykh Nour Kabbani, cucunda kepada Mawlana Shaykh Nazim. 

Demi kemuliaan Mawlana Shaykh Nazim Adil al-Haqqani dan Sayidina Muhammad SAW.
Habib Ali Jifri bersama Almarhum Sheikh Abdul Kerim Effendi & Shaykh Bahauddin Adil(cucu Mawlana Shaykh Nazim)


Photo: Habib Ali Jifri bersama Almarhum Sheikh Abdul Kerim Effendi & Shaykh Bahauddin Adil(cucu Mawlana Shaykh Nazim)

No comments:

Post a Comment