Friday, August 30, 2013

Hadith-hadith dari facebook Habib Mahdi

Selawat ke atas nabi

قال رسول الله صلى عليه وسلم : من صلى علي صلاة صلى الله عليه بها عشرا.
Rasulullah s.aw. bersabda : “Barangsiapa membaca satu kali selawat untukku maka Allah akan menurunkan sepuluh rahmat kepadanya.”
(H.R. Muslim)

Berjalan di kegelapan malam menuju ke masjid :

عن انس بن مالك رضي الله عنه فال : فال رسول الله صلى الله عليه وسلم : بشر المشائين في الظلم على المساجد بالنور التام يوم القيامة.

رواه ابن ماجه

Dari Anas bin Malik r.a., beliau berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : “Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan di kegelapan malam menuju masjid, dengan cahaya yang sempurna pada hari qiamat nanti.”

( Hadis Riwayat Ibnu Majah )

Bertaubat sebelum terlambat :

عن ابي عبد الرحمن عبد الله بن عمر بن الخطاب رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : إن الله عز وجل يقبل توبة العبد ما لم يغرغر.
Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar bin al Khattab r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah Azza Wajalla akan menerima taubat seorang hamba selama ruhnya belum sampai di kerongkongannya (sebelum di ghargharah).”
( Hadis Riwayat Tirmizi dan dia mengatakan bahawa ini adalah hadis Hassan )

Makruh hukumnya mengerjakan solat jika makanan sudah dihidangkan.

Begitu juga mengerjakan solat dalam keadaan menahan kencing dan kentut :


عن عائشة رضي الله عنها قالت : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : لا صلاة بحضرة طعام، ولا هو يدافعه الأخبثان.

Dari Aisyah r.a. berkata : “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidaklah sempurna solat di dekat makanan, dan tidaklah sempurna pula solat orang yang menahan diri dari buang air dan kentut.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Larangan memakai sandal atau kasut sebelah sahaja :

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : إذا انقطع شسع نعل أحدكم، فلا يمش في الأخرى حتى يصلحها.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Saya mendengar Rasulullahs.a.w. bersabda: “Apabila tali sandal salah seorang di antara kamu sekalian putus maka janganlah dia berjalan dengan satu sandal sahaja sehingga yang putus itu diperbaiki.”

( Hadis Riwayat Muslim )

Larangan Menyerupai Perempuan dan Sebaliknya :

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة، والمرأة تلبس لبسة الرجل.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata : “Rasulullah s.a.w. mengutuk orang lelaki yang memakai pakaian seperti pakaian orang perempuan, dan mengutuk orang perempuan yang memakai pakaian seperti pakaian orang lelaki.”

(H.R. Abu Daud dengan sanad sahih )

Menahan Marah :

عن معاذ بن جبل رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من كظم غيظا وهو قادر على أن ينفذه دعاه الله سبحانه على رؤوس الخلائق يوم القيامة حتى يخيره من الحور العين ما شاء.

Dari Mu’az bin Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda : “Barangsiapa yang menahan marahnya padahal dia kuasa untuk meneruskannya maka Allah SWT mengundangnya di hadapan kepala sekalian makhluk pada hari kiamat, sehingga disuruhnya orang itu memilih bidadari-bidadari dengan sesuka hatinya.”

(H.R. Abu Daud dan Tirmizi dan dia mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan

Sekalipun anda melakukan dosa, jangan bersedih dan berputus asa..

Syafaat Rasulullah s.a.w.

عن انس بن مالك رضي الله عنه قال : شفاعتي لأهل الكبائر من أمتي.

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda : Syafa’atku itu adalah untuk orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar di kalangan umatku.

( Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad )


Orang yang memakmurkan masjid adalah keluarga Allah :

عن انس بن ملك رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن عمار بيوت الله هم أهل الله

Dari Anas bin Malik r.a. beliau berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya orang-orang yang memakmurkan rumah-rumah Allah itu, mereka adalah kekasih Allah”

( Hadis riwayat ‘Abdu bin Humaid )

Larangan Membawa Senjata Terhadap Kaum Muslimin :

عن ابن عمر رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من حمل علينا السلاح فليس منا.

Dari Ibnu Umar r.a. bahawasannya Nabi S.A.W. bersabda, “Barangsiapa membawa senjata kepada kami maka tidak termasuk golongan kami.”

(Hadis Riwayat Imam al Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah )

ال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ما من مسلمين يلتقيان فيتصافحان إلا غفر لهما قبل أن يفترقا.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Dua orang Islam yang bertemu kemudian berjabat tangan maka dosa kedua orang itu diampuni sebelum keduanya berpisah.”

( Hadis riwayat Abu Daud )


No comments:

Post a Comment