Assalamualaikum...ini adalah pengenalan kumpulan Syamsul Haq...
“ SYAMSUL HAQ ” yang bermaksud “ Mentari Kebenaran ” adalah nama baru bagi sebuah kumpulan selawat dari Kedah - berpusat di Sungai Petani yang secara rasminya ditubuhkan pada 7 Rejab 1424H bersamaan 4 September 2003M di atas titah restu Yang Mulia Dato Seri Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah (Khalifah Besar Maulana Syeikh Muhammad Nazim di Malaysia) yang di pimpin oleh saudara Amzari b. Halim. Ada pun perkataan "Al-Haqqani" iaitu dinasabkan kepada Mursyid besar Tariqat Naqshbandiah Al-‘Aliyyah iaitu Maulana Syeikh Muhammad Nazim Adil Al-Haqqani. Sebelum ini, Syamsul Haq di kenali dengan pelbagai panggilan dan nama seperti Maulid Kedah, Haqqani Hadrah dan Haqqani Maulid Ensemble. Sebelum Syamsul Haq ditubuhkan secara rasmi, kumpulan ini bergerak di bawah pimpinan Allahyarham Sheikh Abdul Rahman Al-Naqshabandi, seorang guru tasawwuf di Utara Kedah. Beliau telah kembali ke rahmatullah pagi Rabu tanggal 15 Rabiul Akhir 1423H bersamaan 26 Jun 2002. “Ya Allah.. cucurilah rahmat-Mu keatas rohnya”.
SYAMSUL HAQ menerima didikan awal daripada Allahyarham Sh. Abdul Rahman pada pertengahan tahun 1999 di Kg Teluk Jawa, Alor Setar, Kedah. Berbekalkan semangat dan suntikan rasa cinta dengan kalam selawat dan qasidah untuk Rasul Junjungan oleh guru Maulana Sheikh Muhammad Nazim Adil Al-Haqqani Al-Kubrisi Al-Naqshabandi, itulah yang telah diterapkan semula oleh beliau kepada kami agar bersama-sama karam di lautan kasih cinta yang abadi iaitu Allah dan Rasul-Nya.
MAULID AD-DIBAE’ adalah kitab yang menjadi keutamaan di dalam kumpulan ini dari hasil karangan Sheikh Al-Hafiz Wajihuddin Abdul Rahman Ad-Dibae’ yang masyahur dengan panggilan Imam Abu Muhammad Umar Ad-Dibae’ yang berasal dari Kota Zabid, Yaman Utara. Kitab ini telah diperkenalkan oleh Maulana Sheikh Muhammad Nazim Al-Haqqani kepada setiap muridnya di seluruh dunia. Di antara kitab-kitab selawat lain yang menjadi rujukkan Syamsul Haq ialah Kitab Ana Syidus’sofa Fimadhil Mustofa dari Indonesia, Kitab Kumpulan Qasidah Islamiyyah-Misbahul Munir dari Indonesia, Kitab Al-Mustofa Min Anasyidus Sofa- Abd Rahman Al-Halabi dari Syria, kitab Burdah karangan Imam Bushiri dan Kitab Jami’un Nafahat Al-Qudsiyyah- Sheikh Muhammad ‘Arobi Al-Kabbani dari Syria. Kumpulan ini telah mendapat didikan awal bermain gendang dari saudara Habib Ahmad Al-Atas dari Jarkata-Indonesia dan sebahagian irama di dalam Kitab Ana Syidus’sofa Fimadhil Mustofa.
Hingga kini Syamsul Haq telah menerbitkan dua album. Pertama berjudul “ Devotion ” iaitu album gabungan diantara Kumpulan Syamsul Haq dan Haqqani Maulid Ensemble dari KL yang di pimpin oleh saudara Syed Zaidi. Kumpulan di bawah pimpinan Syed Zaidi ini adalah kumpulan pertama yang di tubuhkan di atas titah restu Yang Mulia Dato Seri Raja Ashman Shah dan kumpulan Syamsul Haq di bawah pimpinan saudara Amzari adalah kumpulan yang kedua. Album yang kedua pula berjudul “Menuju Jalan Abadi” di bawah naungan Hijjaz Records ( HRSB ) dan ketika album ini diterbitkan kumpulan ini masih lagi dengan nama Haqqqni Maulid Ensemble.
Dari tahun pertama (2003) penubuhan Syamsul Haq hinggalah kehari ini (2011), kumpulan ini telah lalui beberapa arus perubahan serta rombakkan dari segi keahlian.
Senarai Keahlian Kumpulan :
Awal Penubuhann 2003 :-
- Amzari, Safar, Mazdi, Zakaria, Ridzuan, Farhan, Huzaifah, Faiz, Haris, Abdullah, Abdan dan Anuar ( 12 orang keahlian )
Arus ke-2 Tahun 2004 :-
- Amzari, Safar, Mazdi, Zakaria, Ridzuan, Farhan, Huzaifah, Faiz, Haris, Abdullah, Abdan, Anuar, Sobri Melaka, Faizal, Nazri, Sobri Yusof, Faisal dan Shahrul ( 18 orang keahlian )
Arus ke-3 Tahun 2006 :-
- Amzari, Safar, Mazdi, Zakaria, Ridzuan, Farhan, Huzaifah, Faiz, Haris, Abdullah, Adnan, Shafizi, Hamdan, Rizuwan, Zaid, Tajuddin dan Asfol ( 17 org keahlian )
Arus ke-4 Tahun 2007 :-
- Amzari, Safar, Mazdi, Zakaria, Ridzuan, Farhan, Huzaifah, Faiz, Haris, Abdullah, Adnan, Shafizi, Hamdan, Rizuwan dan Zaid ( 15 orang keahlian )
Arus ke-5 Tahun 2011 :-
- Amzari, Safar, Mazdi, Zakaria, Ridzuan, Farhan, Huzaifah, Faiz, Adnan, Shafizi, Hamdan, Rizuwan, Bukhari, Hamdi, Fierdaus, Salman dan Ashraf. ( 17 orang keahlian )
Kini (2011) keanggotaan ahli Kumpulan Syamsul Haq seramai 17 orang. Akan tetapi ahli-ahli maulid dibawah kepimpinan serta individu yang menjadi komuniti Syamsul Haq semakin bertambah dari pelbagai latar belakang dan usia. ALHAMDULILLAH…Segala puji milik Allah, kini Syamsul Haq Al Haqqani dalam gerak kerja untuk tujuan menyemarakkan rasa cinta kepada Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dengan slogan " SEMARAK MAHABBAH RASUL S.A.W ".
KUMPULAN SYAMSUL HAQ sudah mula dikenali dan diterima ramai. Berbekal berkat doa Mursyid Agong Maulana Sheikh Muhammad Nazim Al-Haqqani, berkat perkenan titah restu Yang Mulia Dato Seri Raja Ashman Shah Al-Sultani, doa restu Maulana Sheikh Muhammad Hisyam Al-Kabbani, doa restu Maulana Sheikh Adnan Tohir Al-Kabbani serta amanah dan iringan doa dari Allahyarham Sheikh Abdul Rahman Al-Naqshabandi serta sekalian para guru, ibu dan bapa, ahli keluarga serta sahabat handai INSYAALLAH kami akan terus memperkembangkan gema takbir selawat yang memuji Insan Agong Kekasih Allah Muhammad Ibni Abdillah Al-Kubra berkumandang walaupun badai fitnah melanda. Mudah-mudahan kita semua mendapat limpahan nur kasih dari Al-Haq dan dibangkitkan di akhirat kelak dalam keadaan mabuk dalam Lautan Tajalli Allah dan Rasul-Nya Muhammad Al-Mujtaba.
Berkat perkenan di bawah duli dan limpahan doa para wali menjadi sumber inspirasi serta semangat perjuangan kami. Amin…Ya Robbal’Alamin.
MADAH HARAPAN
Syamsul Haq Al-Haqqani
Sekarang Telah Berdiri
Berkah Para Wali
Menuju Cinta Abadi
Syamsul Haq Al-Haqqani
Terdiri Pelbagai Usia
Tak Kira Tua dan Muda
Mengharap Pengampunan Dosa
Ya Allah, Yang Maha Tinggi
Disini Kami Berdiri
Memikul Amanah Suci
Bimbingan Para Murobbi
Sekarang Telah Bermula
Era Perubahan Dunia
Ke Arah Redho dan Cinta
Pada Allah dan Rasul-Nya
No comments:
Post a Comment